Ceritera Hidup Saya Disini uke!!! lau anda tidak BERMINAT sila tekan " X "

Monday, February 21, 2011

kekasih hati??

actually bukn mudah nk cri seseorg yg btul2 ikhlas dgn kta..jodoh ajal maut dtgn tuhan..bukn kita yg menentukan tau..hahaha setp org mesti ade mgimpi an cri2 pasgn hidup masing2 an..dalam islam ada mgatakan pilihlar wanita2 atau pasgan hdup brdasarkan 4 prkara iaitu dari segi agamanya..keturunanya..hartanya dan paras rupanya..

aku nie bukn demand sgt,tp lau boleh cri2 laki  yg aku igin an tu biarlah baek dari sume segi..indah tutur kata..baek keperibadian yer..mghormati kedua ibu bapa aku..mghrmati stp kputsan yg aku wat..boleh mnjga dan membimbg kpd kebaikan..mncintai aku tdk lebh dr dia mncintai Allah dan Rasul nya..mempunyai impian dan wawasan diri...mempunyai pkrjaan yg baek..baek paras rupa (bukn hnsm sgt mcm asyraf muslim tp asal sedp mata memandang tu ok lar..xkish lar gemok ke kurs,tgi ke rndah, cerah ke gelap, n ape2 lar an)..

korg penah dgr lagu zulaikha nyanyian suhaimi??lau blm penh dgr, nti kowg bolh lar search n cri lgu tu ea..hyati bait2 indah lirik yer..hah korg penh dgr ke x kisah tntg Zulaikha dan Nabi Yusuf?? well kisah yer brmula begini:


Zulaikha adalah seorang puteri raja sebuah kerajaan di barat (Maghrib) negeri Mesir. Beliau seorang puteri yang cantik menarik. Beliau bermimpi bertemu seorang pemuda yang menarik rupa parasnya dengan peribadi yang amanah dan mulia. Zulaikha pun jatuh hati padanya. Kemudian beliau bermimpi lagi bertemu dengannya tetapi tidak tahu namanya. Kali berikutnya beliau bermimpi lagi , lelaki tersebut memperkenalkannya sebagai Wazir kerajaan Mesir.

Kecintaan dan kasih sayang Zulaikha kepada pemuda tersebut terus berputik menjadi rindu dan rawan sehingga beliau menolak semua pinangan putera raja yang lain. Setelah bapanya mengetahui isihati puterinya, bapanya pun mengatur risikan ke negeri Mesir sehingga mengasilkan majlis pernikahan dengan Wazir negri Mesir.

Memandang Wazir tersebut atau al Aziz bagi kali pertama, hancur luluh dan kecewalah hati Zulaikha. Hatinya hampa dan amat terkejut, bukan wajah tersebut yang beliau temui di dalam mimpi dahulu. Bagaimanapun ada suara ghaib berbisik padanya : “ Benar , ini bukan pujaan hati kamu. Tetapi hasrat kamu  kepada kekasih kamu yang sebenarnya akan tercapai  melaluinya. Janganlah kamu takut kepadanya . Mutiara kehormatan engkau sebagai perawan selamat bersama-sama dengannya”.

Perlu diingat sejarah Mesir menyebut , Wazir diraja Mesir tersebut adalah seorang kasi, yang dikehendaki berkhidmat sepenuh masa kepada baginda raja. Oleh yang demikian Zulaikha terus bertekat untuk terus taat kepada suaminya kerana ia percaya ia selamat bersamnya.

Demikian masa berlalu, sehingga suatu hari al-Aziz membawa pulang Yusuf a.s. yang dibelinya di pasar. Sekali lagi Zulaikha terkejut besar, itulah Yusuf a.s yang dikenalinya didalam mimpi . Tampan, segak, menarik dan menawan.

Betullah sabda nabi yang diriwayatkan oleh Hammad dari Tsabit bin Anas bahawa Rasullah bersabda maksudnya :

Yusuf dan ibunya telah diberi oleh Allah separuh kecantikan dunia.
Kisah Zulaikha dan Yusuf dirakamkan di dalam Al Quran bermula surah Yusuf ayat 21 sehinggalah Yusuf a.s di penjarakan pada ayat  36 surah yang sama,  kerana fitnah kononnya Yusuf a.s mengoda Zulaikha , isteri al-Aziz. Bagaimanapun pada ayat 51 surah yang sama Allah berfirman, maksudnya :

Isteri Al Aziz pun berkata: Sekarang ternyatalah kebenaran, akulah yang memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan sesungguhnya adalah ia dari orang yang benar. ( Yusuf 51 )

Selepas ayat tersebut Al Quran tidak menceritakan kesudahan hubungan Zulaikh dengan Yusuf a.s.

Bagaimanapun Ibn Katsir didalam Tafsir Surah Yusuf memetik :
Muhammad bin Ishak  berkata bahawa kedudukan yang diberikan kepada Yusuf a.s  oleh raja Mesir adalah kedudukan yang dahulunya dimiliki oleh suami Zulaikha yang telah dipecat. Juga disebut-sebut bahwa Yusuf telah beristrikan Zu­laikha sesudah suaminya meninggal dunia, dan diceritakan bah­wa pada suatu ketika berkatalah Yusuf kepada Zulaikha setelah ia menjadi isterinya,

“Tidakkah keadaan dan hubungan kita se­karang ini lebih baik dari apa yang pernah engkau inginkan?”
Zulaikha menjawab,
“Janganlah engkau menyalahkan aku, hai kekasihku, aku sebagai wanita yang cantik, muda belia bersuamikan seorang pemuda yang berketerampilan dingin, menemui­mu sebagai pemuda yang tampan, gagah perkasa bertubuh indah, apakah salah bila aku jatuh cinta kepadamu dan lupa akan ke­dudukanku sebagai wanita yang bersuami?”
Dikisahkan bahwa Yusuf waktu kawin dengan Zulaikha, ia menemuinya masih gadis (perawan) dan dari perkawinan itu memperoleh dua orang putra: Ifraitsim bin Yusuf dan Misya bin Yusuf.. 

so kesimpulan yer, setiap cinta hendaklah ditujukan kepada Allah dan rasulnya..cinta rasul2 trdahulu kepada Allah bukan hanya mengharapkan takhta dan kekayaan tetapi cinta kepada Allah semata-mata..cinta kpda Allah itu yg lebh utama bg memperolehi redhaNya..semoga aku pon bolh mgecapi cinta sejati yg aku impikan..~insyaallah

No comments:

Post a Comment

drop here!!